Saturday, 9 July 2011
Posts by : Admin
Berkenaan Penulis
PROFIL
Penulis merupakan anak kelahiran sulung pasangan Hj Baharuddin Bin Jamal dan Hjh. Yam Binti Hj. Abd Jalil. Dilahirkan pada 20 Mei 1963 di Kampung Matang Jelutung, Bagan Serai Perak. Penulis mula menetap di tanah rancangan Felda Trolak Selatan pada tahun 1975 bersama keluarga, dan menjadi Peneroka pada tahun 1987.
Penulis mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutung. Kemudian Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menegah Kebangsaan Slim River, dan Maktab Rendah Al Yahyawiyah di Padang Rengas Perak.
Penulis memulakan karier dibidang percetakan di Subang jaya. Penulis juga pernah mencuba beberapa bidang yang lain; kontraktor dan lain-lain. Sikap penulis yang aktif berpesatuan dalam Majlis Belia Felda dan ramah dengan masyarakat setempat, telah menyebabkan masyarakat memberi kepercayaan kepada penulis untuk menjadi ketua Blok 13 Peringkat 1 di Felda Trolak Selatan selama 20 tahun. Konsisten dengan sikap yang mesra penduduk dan bertanggungjawab, penulis akhirnya telah mendapat sekongan penduduk setempat untuk menjadi Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan pada tahun 2009 sehingga kini.
TUJUAN PENUBUHAN BLOG
Blog ini diwujudkan khas untuk berkongsi dengan masyarakat berkenaan perkembangan semasa Felda Trolak Selatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment