Saturday, 9 July 2011

Wajah Baru Felda Trolak Selatan


Beberapa tahun dahulu, Felda Trolak Selatan dilihat sebagai sebuah kampung yang sunyi tanpa pembangunan yang ketara. Sekadar cukup dengan prasarana-prasarana asas; masjid, sekolah, padang, klinik dan perpustakaan desa.

Pelantikan saya sebagai Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan pada dua tahun lepas (2009) menyebabkan saya terpanggil untuk melakukan perubahan. Bagi saya, perubahan ini penting untuk penduduk Felda Trolak Selatan khususnya ke arah yang lebih baik seiring dengan perkembangan negara.

Justeru, saya dan ahli jawatakuasa JKKR Trolak Selatan, telah merangka pembangunan yang lebih dinamik untuk kampung ini. Alhamdulillah, kebanyakan rangka kerja yang dirancang telah mendapat kelulusan daripada FELDA. Rata-ratanya dalam proses pembinaan. Berikut adalah senarai pembangunan yang telah dirangka:

1) Gelanggang Futsal 
2) Dewan Sebaguna
3) Taman Kanak-kanak dan Rekreasi
4) Jalan baru
5) Penambah baikan Pentas Belia
6) Tempat letak kereta  
7) Litar kereta kawalan jauh
8) Trek Jungle Trekking
9) Gelanggang sepak takraw
10) Gazebo 
11) Pencawang 
12) Penurapan semula jalan ke Pekan Trolak
13) Penubuhan Pusat Jalur Lebar
14) Pembinaan rumah untuk generasi ke-2 Felda
15) Litar motor cross
16) Dataran Trolak Selatan
17) Pintu gerbang
18) Pemindahan tapak pasar pagi

Syukur ke hadrat Ilahi dengan kerjasama daripada semua pihak serta sokongan padu daripada penduduk setempat, beberapa perancangan yang dirangka telah siap dibina seperti pintu gerbang, gelanggang futsal, gazebo dan pencawang. Lain-lain masih lagi dalam perancangan dan pembinaan.

Walaupun kebanyakan kerja-kerja yang dirangka masih lagi dalam pembinaan, hal ini tidak menjadi halangan untuk Felda Trolak Selatan dinobatkan sebagai tempat ke-4 dalam Pertandingan Keceriaan Kampung Wilayah Trolak pada tahun 2011 sekali gus membaiki kedudukan sebelum ini pada tempat ke-12.

Harapan saya supaya segala gerak kerja ke arah penambahbaikan Felda Trolak Selatan ini akan berlangsung dengan baik. Terima kasih kepada semua pihak; pihak FELDA dan penduduk setempat khususnya yang banyak memberi sokongan dan  dorongan kepada saya.














Berkenaan Penulis


PROFIL

Penulis merupakan anak kelahiran sulung pasangan Hj Baharuddin Bin Jamal dan Hjh. Yam Binti Hj. Abd Jalil. Dilahirkan pada 20 Mei 1963 di Kampung Matang Jelutung, Bagan Serai Perak. Penulis mula menetap di tanah rancangan Felda Trolak Selatan pada tahun 1975 bersama keluarga, dan menjadi Peneroka pada tahun 1987.

Penulis mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutung. Kemudian Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menegah Kebangsaan Slim River, dan Maktab Rendah Al Yahyawiyah di Padang Rengas Perak.

Penulis memulakan karier dibidang percetakan di Subang jaya. Penulis juga pernah mencuba beberapa bidang yang lain; kontraktor dan lain-lain. Sikap penulis yang aktif berpesatuan dalam Majlis Belia Felda dan ramah dengan masyarakat setempat, telah menyebabkan masyarakat memberi kepercayaan kepada penulis untuk menjadi ketua Blok 13 Peringkat 1 di Felda Trolak Selatan selama 20 tahun. Konsisten dengan sikap yang mesra penduduk dan bertanggungjawab, penulis akhirnya telah mendapat sekongan penduduk setempat untuk menjadi Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan pada tahun 2009 sehingga kini.


TUJUAN PENUBUHAN BLOG

Blog ini diwujudkan khas untuk berkongsi dengan masyarakat berkenaan perkembangan semasa Felda Trolak Selatan.

Friday, 8 July 2011

SELAMAT DATANG !


SELAMAT DATANG KE WEBSITE FELDA TROLAK SELATAN!